Friday, June 10, 2011

Nikmatnya Balik Kampung (Ikan celup tepung)

          Cuti sekolah datang lagi....yahooo...boleh balik kampung...siap nyanyi lagu arwah Sudirman lagi...hohoho balik kampung...biasalah drive sorang-sorang...karaoke dalam kereta supaya tak mengantuk...
          Apa yang best bila balik kampung....dah tentulah makanannya...orang pantai timur dah biasa dengan ikan celup tepung atau sotong celup tepung...pernah cuba buat tapi tak jadi sebab susah nak cari ikan segar dan sotong besar...
          Tempat popular kat area Kuala Terengganu dah tentulah Teluk Ketapang dekat Lapangan Terbang Sultan Mahmud...tapi kali ni nak introduce tempat baru...namanya Pantai Pandak...bagi orang tempatan tempat ni popular sebagai kawasan mandi yang selamat...sekarang dah ada tempat makan ikan dengan sotong celup tepung...fresh sebabnya taukenya nelayan...
          Tempatnya cantik cuma tak ada kemudahan asas....sesiapa yang minat filem Hikayat Merong Mahangwangsa....ni adalah salah satu lokasi pengambarannya....markas Garuda...
          Ni nak bagi resepi kalau ada yang berminat nak buat sendiri ikan celup tepung...udang boleh...sotong pun boleh...
Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembung (sederhana besar, siang dan bersihkan)
2 cawan tepung beras
1 cawan air
garam secukup rasa
1 sudu makan marjerin
secubit kapur makan (saya guna tepung jagung...sebab malas nak cari...hehehe...letak dalam 1 sudu makan)
1 biji telur ayam
sedikit serbuk kunyit (sebagai pewarna)

Cara-cara:
1. Rendamkan ikan sekejap di dalam air garam ( 3 cawan air + 3 sudu makan garam selama 5 minit).
2. Campurkan tepung,air, telur, garam, marjerin, serbuk kunyit dan kapur makan.
3. Gaul sebati (jika nampak terlalu pekat boleh tambahkan air)
4. Toskan ikan dan celup.
5. Goreng dalam minyak penuh.

Bila dah garing bolehlah angkat...ikan celup tepung boleh makan dengan sos cili...tapi lagi sedap kalau makan dengan sos pencicah (Terengganu panggil kuah kepok)
Bahan- bahan sos:
1/2 cawan cili kering kisar
1 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah (saya gunakan nisan- gula merah di Terengganu)
1/2 cawan air
secubit garam
Campurkan semua di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga agak pekat. Tambahkan gula dan asam jawa untuk sesuaikan rasa.

Adunan yang sama boleh guna untuk udang dan sotong..Kalau makan tengah panas-panas memang sedap...
 sotong celup tepung

ikan celup tepung...kucing kepala hitam dah makan dulu...hehhe







Sebijik macam Terong Murah Rasa

Sunday, August 15, 2010

Ku Teringin Makan Laksam Terengganu

Bekerja di negeri orang memang bagus untuk pengalaman diri...sambil bekerja sambil boleh mengenal adat dan tempat orang...cuma kekadang tu bila kita jauh dari kampung...pasti teringat macam-macam benda yang ada kat kampung...lebih-lebih lagi makanan yang payah nak cari kat negeri orang...kena pulak bulan Ramadhan...macam-macam benda nak dimakan...2 hari lepas teringin nak makan Laksam...nak cari yang dah siap tak tau nak cari kat mana...terpaksalah masak sendiri....semalam Laksam tu dah selamat masuk perut..di sini nak dikongsi resepinya...kot ada yang dok jauh di perantauan teringin nak makan....

Bahan-bahan Laksam:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan air (saya tambah 1/2 cawan lagi supaya lagi lembut)
Cara-cara:
1.Bancuh bagi sebati.(Jangan risau kalau nampak cair.Itu memang normal. Bancuhan tu akan nampak macam susu cair)
2. Panaskan air dalam periuk pengukus. (saya gunakan rice cooker yang ada tempat stim.)
3.Sapukan minyak masak di atas permukaan tudung periuk. (saya gunakan yang kecil sebab nak bagi muat dengan rice cooker)
4.Tuangkan adunan tadi ke atas tudung periuk.(jangan sampai melimpah)
5.Kukus selama 5 minit.(kalau nipis lagi cepat masak.Saya tengok dah mengelembung ke belum.Kalau dah maknanya dah masak)
6. Angkat.Tunggu suam sedikit baru digulung.

Bahan-bahan kuah:
1/2 kg ikan kembung/selayang (direbus sekejap dan diambil isinya sahaja)
1 biji kelapa- diperah sehingga mendapat 1 liter santan
6 ulas bawang merah-ditumbuk
2 inci halia-ditumbuk
1 sudu makan lada hitam-ditumbuk
3 keping asam keping
garam secukup rasa
Cara-cara:
1.Masukkan isi ikan (dihancurkan), santan, bawang merah. halia, lada hitam,asam keping, dan garam.
2. Kacau sehingga mendidih.
3.Masak sehingga agak pekat.(jika nak cairkan tambahkan sedikit santan cair)

Bahan-bahan hiasan:
Sambal belacan (tumbuk cili merah, belacan dan perahkan sedikit limau nipis)
Kacang panjang-dihiris nipis-nipis
Timun-dihiris nipis-nipis
Tauge
Daun kemangi -dihiris nipis-nipis
Daun kesum-dihiris nipis-nipis
Daun selasih (ulam raja)-dihiris nipis-nipis
Bawang besar-dihiris nipis-nipis

Dah masak semua ye...dah boleh makan la tu...bagi orang yang suka pedas, sambal belacan tu bubuh cili api banyak sikit..bagi terbakar.
Bahan untuk hiasan tu terpulang kepada individu...kalau tak ada atau susah nak cari macam daun kemangi tu tak payah letak...(lain la kalau ada tanam kat rumah)...letakkan aje apa yang boleh dicari..
Gambar tak ada sebab lupa nak ambil...kalau saya masak lagi dalam masa terdekat ni...saya masukkan gambar...
Kuah kalau nak lebih sedap kisarkan sekali dengan 1/2 cawan ikan bilis...