Sunday, August 15, 2010

Ku Teringin Makan Laksam Terengganu

Bekerja di negeri orang memang bagus untuk pengalaman diri...sambil bekerja sambil boleh mengenal adat dan tempat orang...cuma kekadang tu bila kita jauh dari kampung...pasti teringat macam-macam benda yang ada kat kampung...lebih-lebih lagi makanan yang payah nak cari kat negeri orang...kena pulak bulan Ramadhan...macam-macam benda nak dimakan...2 hari lepas teringin nak makan Laksam...nak cari yang dah siap tak tau nak cari kat mana...terpaksalah masak sendiri....semalam Laksam tu dah selamat masuk perut..di sini nak dikongsi resepinya...kot ada yang dok jauh di perantauan teringin nak makan....

Bahan-bahan Laksam:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan air (saya tambah 1/2 cawan lagi supaya lagi lembut)
Cara-cara:
1.Bancuh bagi sebati.(Jangan risau kalau nampak cair.Itu memang normal. Bancuhan tu akan nampak macam susu cair)
2. Panaskan air dalam periuk pengukus. (saya gunakan rice cooker yang ada tempat stim.)
3.Sapukan minyak masak di atas permukaan tudung periuk. (saya gunakan yang kecil sebab nak bagi muat dengan rice cooker)
4.Tuangkan adunan tadi ke atas tudung periuk.(jangan sampai melimpah)
5.Kukus selama 5 minit.(kalau nipis lagi cepat masak.Saya tengok dah mengelembung ke belum.Kalau dah maknanya dah masak)
6. Angkat.Tunggu suam sedikit baru digulung.

Bahan-bahan kuah:
1/2 kg ikan kembung/selayang (direbus sekejap dan diambil isinya sahaja)
1 biji kelapa- diperah sehingga mendapat 1 liter santan
6 ulas bawang merah-ditumbuk
2 inci halia-ditumbuk
1 sudu makan lada hitam-ditumbuk
3 keping asam keping
garam secukup rasa
Cara-cara:
1.Masukkan isi ikan (dihancurkan), santan, bawang merah. halia, lada hitam,asam keping, dan garam.
2. Kacau sehingga mendidih.
3.Masak sehingga agak pekat.(jika nak cairkan tambahkan sedikit santan cair)

Bahan-bahan hiasan:
Sambal belacan (tumbuk cili merah, belacan dan perahkan sedikit limau nipis)
Kacang panjang-dihiris nipis-nipis
Timun-dihiris nipis-nipis
Tauge
Daun kemangi -dihiris nipis-nipis
Daun kesum-dihiris nipis-nipis
Daun selasih (ulam raja)-dihiris nipis-nipis
Bawang besar-dihiris nipis-nipis

Dah masak semua ye...dah boleh makan la tu...bagi orang yang suka pedas, sambal belacan tu bubuh cili api banyak sikit..bagi terbakar.
Bahan untuk hiasan tu terpulang kepada individu...kalau tak ada atau susah nak cari macam daun kemangi tu tak payah letak...(lain la kalau ada tanam kat rumah)...letakkan aje apa yang boleh dicari..
Gambar tak ada sebab lupa nak ambil...kalau saya masak lagi dalam masa terdekat ni...saya masukkan gambar...
Kuah kalau nak lebih sedap kisarkan sekali dengan 1/2 cawan ikan bilis...